Sunday, April 27, 2008

-: Suasa CC Selepas Ubah Suai :-

-: Me :-
-: Depan CC :-

-: Kaunter & Server :-

-: MP1600 & Office Phone :-

-: Budak-Budak tgh layan games ( Wolfteam) :-

-: Budak-Budah tgh surf tenet kot :-


Tuesday, April 15, 2008

-: Morning Assembly :-

  • Selalu Mempunyai Fikiran Supaya Bersusahlah Dahulu dan Kemudian Baru Bergembira

Berkongsi kegembiraan dan kesusahan dengan orang lain adalah penting . Tetapi seseorang yg bertanggungjawab akan mempunyai fikiran supaya bersusah dahulu kemudian bergembira. Dalam masa berehat, dia tetap berjaga-jaga.

  • Dasar Untuk Menjayakan Urusan Perniagaan Adalah Keikhlasan.

Untuk menjayakan urusan perniagaan kita harus memuaskan hati pelanggan. Inilah sebabnya kita mesti selalu mempunyai hati yg ikhlas dan mempunyai hubungan mesra dengan pelanggan kita semasa mengadakan urusan perniagaan.

  • Selalulah Berusaha Utk Kemajuan Dlm Pekerjaan Kita

Tanyalh pada diri sendiri sama ada kerja yg sedang dibuat itu bolehkah diperbaiki lagi atau tidak. Tanpa pertanyaan ini, adalah sukar bagi kita untuk mencapai kemajuan dan perkembangan yg dikehendaki itu.

  • Menggunakan Tenaga Kerja Dgn Berkesan Adalah Faktor Utk Pengurusan Yg Baik

Seorang pengurus menguruskan banyak hal dan perkara yg paling penting adalah pengurusan tenaga kerjayanya. Semua pekerja adalah harta syarikat yg paling bernilai dan mereka harus diberi peluang utk menunjukkan kemampuan dan kebolehan masing-masing.

  • Kesanggupan Utk Belajar Drp Segala Hal Akan Membawa Kpd Kemajuan.

Kebijaksaan itu tidak akan lahir daripada kehidupan yg tidak tentu arah dan tanpa sebarang usaha. Kalau kita sanggup utk belajar drp sesiapa dan apa-apa hal yg ditemui, kebijaksaan itu akan membawa kepada kemajuan masing-masing.

  • Jangan Memandang Rendah Kerja-kerja Harian

Kita tidak sepatutnya memandang rendah kerja-kerja harian yg biasa kita lakukan . Sebagai contoh, kalau kita tidak mendapat makanan harian , kita tidak boleh terus hidup. Jadi, kerja-kerja harian yg biasa difikirkan kurang penting itu sebenarnya mempunyai kesan yg besar terhadap perjalanan keseluruhan pekerjaan kita.

  • Keyakinan dan Daya Usaha Diri Membawa Kejayaan

Kebijaksaan , kreativiti dan keberanian datangnya dari sikap yg berkeyakinan dan berazam . Apabila memenuhi satu kerja yg susah , sikap menggalakkan dan meyakinkan diri sendiri akan membolehkan kamu menunjukkan kemampuan yang tak terhingga sehingga kamu boleh menyelesaikan kerja itu dengan mudah.

  • Seorang Peniaga Yg Baik Selalu Menepati Janjinya

Perniagaan yg baik berkembang dengan kepercayaan pelanggan terhadap kita. Kebanyakan org mengetahui tentang perniagaan yg asas , tetapi jarang sesiapa yg mengikuti peraturan ini. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang peniaga itu untuk menepati apa yg telah dijanjikan itu. Kita pastilah memegang teguh kepada peraturan perniagaan ini.

  • Mencari Punca Kegagalan Pd Diri Sendiri dan Bukan Pada Orang Lain

Apabila pengurusan sesebuah syarikat mengalami masalah, puncanya adalah pada syarikat itu sendiri, sama ada disebabkan oleh pengurusannya atau pekerjanya. Sukarlah sekali utk kita maju kalau kita sentiasa menolak kegagalan itu kepada sesuatu yang ada di luar syarikat . Kemajuan hanya dapat dicapai jika kita tahu dimanakah punca kegagalan.

  • Perniagaan Yg Berjaya Bermula Dgn Perkhidmatan Yg Baik

Ada pepatah yg berkata bahawa utk mendapatkan sesuatu, kita mesti memberi sesuatu terlebih dahulu. Jadi kita mesti memberikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan kita utk mendapatkan hati mereka. Semua perniagaan yg berjaya bermula dgn perkhidmatan yg baik.

  • Selalu Terbuka Kpd Pendapat Orang Lain Akan Mempertingkatkan Tahap Pemikiran Kita

Mereka yg selalu terbuka dan memandang berat pendapat orang lain akan dapat mempertingkatkan tahap pemikiran mereka. Tahap pemikiran yg matang akan memberi faedah kepada semua orang. Mereka yang enggan menerima pendapat orang pendapat orang lain mudah melakukan kesalahan dalam kerja mereka dan sukar sekali utk mereka mempertingkatkan tahap pemikiran mereka.

  • Jangan Mudah Menyerah Kalah dan Akhirnya Kamu Akan Berjaya

Jika kamu menyerah kalah pada kali pertama kamu mencuba, kamu tidak akan mencapai kejayaan . Jadi, kalau gagal sekali, haruslah cuba lagi. Kalau gagal lagi, cubalah sehingga kamu berjaya. Dengan cara ini, kamu akan berjaya pada akhirnya.

  • Semua Orang Berguna dan Bukan Sebaliknya

Kita sering beranggapan seseorang yg gagal menyempurnakan sesuatu kerja sebagai tidak berguna . Akan tetapi hakikatnya kesilapan itu terletak diatas diri sendiri. Kita yg gagal menyedarkan dia tentang kebolehan yg terpendam dalam dirinya.

  • Pengurusan Yg Cekap Bergantung Kepada Pemikiran Yg Kreatif

Saiz sesebuah syarikat dan bilangan pekerja yang ia ada tidaklah penting. Yg Lebih penting ialah sama ada ia diuruskan dengan cekap. Sesebuah syarikat , tidak kira besar atau kecil, kaya atau miskin boleh terus maju dan mencapai kejayaan yg besar kalau pengurusannya adalah kreatif.

  • Menggalakkan Kreativiti dan Pembaharuan dalam Kerja Harian

Masyarakat sentiasa berubah . Begitu juga dengan cara fikiran manusia. Kalau kita sentiasa membuat kerja itu dengan cara lama, kita akan ketinggalan zaman. Jadi, kita perlulah selalu mempunyai fikiran baharu dan kreatif , tidak kira di bidang masa kita bekerja. Dengan cara ini baru kita boleh mencapai kemajuan yang pesat.

  • Walau Apapun Yg Berlaku, Selalulah Bertenang dan Cuba Dgn Sedaya Upaya Kamu

Biasanya, lebih kuat kita cuba , lebih baik hasil yg kita dapati. Tetapi, keadaan ini kadangkala tidak berlaku. Jadi pada masa ini, bertenanglah dan cuba dengan sedaya upaya kamu. Pada akhirnya kamu akan mencapai keputusan yg cemerlang.

  • Tingkah Laku Kita Mempunyai Pengaruh Kpd Orang Lain.

Dalam menjalankan kerja dan tugas setiap hari, apa yang kita buat dan kita katakan itu selalunya mempunyai pengaruh yg besar kepada orang lain. Mereka yg menyedari tentang kejadian saling mempengaruhi ini akan memberi sumbangan yg besar kepada kemajuan syarikat.

  • Bekerja dgn Penuh Semangat akan Menarik Perhatian Drp Orang Disekeliling Kita

Betapa bijak dan berbakat kamu itu tidak akan ada hasil kalau kamu tidak mempunyai semangat semasa bekerja . Dengan adanya semangat ini, walaupun kamu kurang bijak dan berbakat, kamu akan mendapat kerjasama dan penghormatan daripada orang lain, dan ini membawa kepada kejayaan dalam sesuatu tugas itu.

  • Tukarlah Cara Fikir Kamu dan Kamu Akan Mendapat Hasil Yg Berbeza.

Hadapi semua kerja itu tanpa sebarang perasaan dan fikiran yg negatif. Jika kamu menemui apa-apa masalah , cuba tukar cara pemikiran kamu dan kamu akan dapat hasil yg berbeza menempuh masalah itu. Dengan fikiran dan perasaan baru , kamu akan dapat menyelesaikan dengan satu cara yg baru.

  • Selalunya Berhati-hati Dalam Menguruskan Hal-hal Kewangan

Kecuaian dalam menguruskan hal-hal kewangan akan menimbulkan masalah dalam hal yang lain. Ia akan melemahkan pengurusan sesebuah syarikat. Jadi, kita haruslah bijak dan berhati-hati dalam membayar dan memungut wang supaya perniagaan kita akan terjamin.

  • Orang Yg Tidak Suka Pd Pekerjaanya Tidak Akan Hidup Dgn Gembira

Kamu boleh mendapat kepuasan dalam pekerjaan kalau kamu cuba. Bekerja dengan perasaan terpaksa tidak akan membawa apa makna kepada kamu. Jadi, kamu haruslah bekerja dengan penuh semangat dan suka pada pekerjaan itu supaya kamu mendapat hasil yg membanggakan.

  • Menaruh Perhatian Yg Sepenuhnya Dalam Pekerjaan Kamu Akan Berjaya Pd Akhirnya.

Perniagaan adalah satu hal yg tidak boleh dipermain-mainkan . Adalah merugikan kalau kita fikir bahawa keuntungan dan kerugian itu adalah satu perkara yg biasa.

  • Seratus Kali Kita Berbahas Tidak Akan Membawa Apa Makna Kalau Kita Tidak Bertindak.

Perbahasan adalah penting, tetapi bukan tanpa keputusan dan tindakan. Sebarang perbahasan yang mempunyai tujuan yg baik tidak akan berhasil kalau kita tidak bertindak.

  • Penentuan Yg Tepat Tidak Akan Bermakna Kalau Ia Tidak Dijalankan

Betapa bijak dan tepat kita menentukan dan memutuskan sesuatu hal, ia tidak bermakna kalau tanpa sebarang tindakan . Hanya tindakan yg berani akan menghasilkan keputusan yg baik, walaupun penentuan itu tidak begitu sempurna.

  • Berhati-hati Sehingga Kerja Kita Selesai

Walaupun kemu telah selesaikan 99% bagi sesuatu projek, usaha kamu akan disia-siakan sahaja kalau kamu tidak menyelesaikan 1% yg terakhir itu. Jadi, kita haruslah berhati-hati dakam pekerjaan utk menyelesaikan dengan sempurna.

  • Berusaha Dgn Gigih dalam Pekerjaan Kita Adalah Lebih Bermakna Daripada Pencapaian Kita.

Apa yg kita capai dalam sesuatu pekerjaan itu memanglah penting. Tetapi lebih penting adalah usaha kita dalam menjalankan kerja itu. Jika kita telah berusaha dengan gigih, pencapaian kita akan sentiasa mengkagumkan.

  • Kemampuan Utk Kemajuan Kita Adalah Tidak Terhad

Kemampuan utk seseorang itu adalah tidak terhad. Seseorang yg telah mencapai kejayaan akan dapat terus maju lagi. Adalah penting bagi kita supaya tidak melepaskan setiap peluang utk maju. Dngan sikap ini, kita akan terus maju selama-lamanya.

  • Sesuatu Kerja yg Baik Tidak Diajar, Tetapi ia Mesti Dipelajari Melalui Pengalaman Masing-masing

Adalah penting bagi kita utk memperolehi seberapa banyak pengetahuan yg mungkin daripada org lain. Tetapi utk bekerja dengan berkesan sekali kita tidak boleh setakat memerhati sahaja, sebaliknya kita patut mempelajari dan memahami melalui pengalaman kita sendiri.

  • Pekerja Yg Penuh Bersemangat Akan Meneguhkan Kekuatan Syarikat.

Seseorang pekerja yg penuh bersemangat akan menyumbangkan keseluruhan pengetahuan dan kebolehannya. Syarikat yg mempunyai ramai pekerja yg penuh bersemangat akan dapat mencapai kejayaan yg cemerlang sekali.

  • Jangan Menolak Pendapat Orang Lain yg Mempunyai Fikiran dan Cara Kerja Yg Berbeza.

Terdapat berbagai jalan utk mendaki sebuah gunung itu. Begitu juga dengan cara pemikiran dan cara bekerja yg berbeza. Belajarlah daripada mereka dan melihat sesuatu perkara itu seperti apa yg sebenarnya.

  • Selalulah Berfikir Supaya Kita Boleh Terus Maju.

Kalau kamu tidak pernah memeriksa sama ada anak panah kita telah mengena pada sasarannya atau tidak, kita tidak akan menjadi pemanah yg baik. Begitu juga dengan kerja kita . Selalulah berfikir dan menguji tentang pencapaian kita supaya boleh terus maju.

-: Server Down :-

aiii pening kepala sekejap coz 4 hari server down area kuala langat smpi ke Sepang ... customer dh bising asek tanya tenet aje ... abeh tu aku pon x tau nk wat per coz ni semua keja org Telekom atau pon Installer Streamyx ... Tp semuanye aku dh serahkan kat Safari tuh .. Biarlah dia yg uruskan ... Sepanjang waktu tu jugak aku nye income selama 4 hari tu tak masyuk sgt .. adeih budget lari lah plak bln nih ... Tp Alhamdulillah, tadi baru dpt call dari TEKUN ... Alhamdulillah loan aku dah diluluskan , hajat hati nak tmbh PC kat CC aku nih ... Amin Syukur kepadaNya ...

Monday, April 7, 2008

-: Dulu & Kini :-



Perbezaan dulu dan kini berdasarkan kepada gambar yang di beri :-


-: Dulu :-









-: kiNi ...... :-



( sign board tu kami buat sndiri dgn kerjasama dari Abg Eto .. , nk jimat klau order kena RM 500-800 )





Friday, April 4, 2008

-: Sejarah Penubuhan :-

:: Objektif Syarikat ::
  • Memberi kemudahan kepada penduduk desa untuk melayari internet.
  • Menyedarkan penduduk tentang kepentingan internet dan juga kegunaannya untuk generasi kini dan generasi yang akan datang
  • Menyahut seruan kerajaan supaya penduduk luar bandar juga seharusnya celik IT.
  • Komited terhadap perkembangan dunia IT dan ICT.
  • Membekalkan dan menjual perkakasan komputer mengikut keperluan masa kini.
  • Memperbaiki komputer dengan cepat dan selamat.
  • Memberikan komitmen yang baik dan mesra kepada setiap pelanggan dan pengunjung yang datang.

:: Sejarah Penubuhan ::

SM System Solution mula beroperasi pada 01hb Jun 2007 dengan hanya menggunakan 3 biji komputer sahaja iaitu 2 biji untuk kemudahan pelanggan melayari internet manakala sebiji lagi di gunakan untuk membaiki komputer serta untuk kegunaan syarikat. Kemudian , apabila ada keuntungan syarikat menambah lagi komputer dan sehingga kini syarikat SM System Solution mempunyai 9 biji komputer iaitu 7 biji untuk kemudahan pelanggan melayari Internet , Sebiji untuk membaiki komputer dan Sebiji lagi digunakan untuk pengurusan syarikat serta server .

Di awal penubuhan telah banyak halangan yang pihak syarikat lalui di antaranya ialah :-

  • Kerumitan bekerjasama dengan JKKK serta penyewa lama
  • Kekurangan modal serta perkakasan
  • Halangan dari penjaga serta ibubapa untuk pelajar sekolah.
  • Pemantauan yang ketat dari pihak polis , Majlis Daerah serta JKKK
  • Kos ubahsuai kedai yang sudah usang
  • Pengurusan tidak teratur
  • Tiada perancangan yang teliti

Tetapi setelah 6 bulan syarikat beroperasi , alhamdulillah segala halangan tersebut dapat diatasi dengan berkat kesabaran dan ketekunan pemilik syarikat untuk memastikan syarikat yang di bangunkan dapat beroperasi dengan baik dan lancar . Antara jalan penyelesaiannya adalah :-

  • Memberikan keyakinan yang padu kepada Ketua Kampung serta Pejabat Daerah untuk menyewa kedai tersebut.
  • Membuat pinjaman kewangan kepada ahli keluarga seperti menyewa komputer dengan bayaran RM50 sebulan utk sebiji komputer.
  • Membuat surat kebenaran kepada ibubapa pelajar .
  • Memastikan undang-undang serta syarat-syarat yang telah di tetapkan dapat dilaksanakan dengan baik seperti pelajar sekolah di larang masuk ke cyber cafe pada waktu sekolah serta di larang berpakaian seragam serta memastikan pengunjung tidak melayari web porno serta game judi.
  • Menggunakan perkakasan sedia ada dan perbaikinya supaya kelihatan lebih menarik dan memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.
  • Belajar tentang cara-cara pengurusan syarikat melalui buku-buku serta tunjuk ajar dari orang yang berpengelaman dalam bidang perniagaan.
  • Membeli perisian Cybera Cafe utk kemudahan sistem pembayaran.

:: Perancangan Masa Depan ::

  • Menambahkan lagi peluang perniagaan seperti menjual makanan dan minuman ringan di dalam cyber café kepada pelanggan yang sedang melayari internet iaitu sambil melayari internet mereka juga boleh makan makanan dan minuman ringan .
  • Membesarkan lagi syarikat tersebut supaya dapat menjual perkakasan dengan banyak dan mencukupi serta menambahkan lagi bilangan komputer yang terdapat di dalam cyber café tersebut.
  • Menambahkan lagi bilangan cawangan syarikat di setiap kawasan bandar / daerah supaya syarikat SM System Solution dapat berkembang dengan maju dan di kenali ramai di samping dapat menambahkan lagi pendapatan syarikat.

-: Profile Syarikat :-

Nama Syarikat :: SM System Solution Ent.
No Pendaftaran :: SA0027284-H
Nama Pemilik :: Cik Saluah Binti Mundagir
Tarikh Pendaftaran :: 24 Mei 2006
Tarikh Beroperasi :: 01 Jun 2007
Jenis Perniagaan :: Kafe Berinternet , Alat tulis , Menjual & Membaiki Komputer ,
Kad Prabayar , Mencetak , Menaip , Kursus Komputer , Makanan & Minuman
Lokasi :: No 2 Kedai PLB , Pantai Batu Laut,
42800 Tg. Sepat , Selangor Darul Ehsan.
No Tel (Pej) :: 03 - 31481250
email :: cyber.smssolution@gmail.com