- Memberi kemudahan kepada penduduk desa untuk melayari internet.
- Menyedarkan penduduk tentang kepentingan internet dan juga kegunaannya untuk generasi kini dan generasi yang akan datang
- Menyahut seruan kerajaan supaya penduduk luar bandar juga seharusnya celik IT.
- Komited terhadap perkembangan dunia IT dan ICT.
- Membekalkan dan menjual perkakasan komputer mengikut keperluan masa kini.
- Memperbaiki komputer dengan cepat dan selamat.
- Memberikan komitmen yang baik dan mesra kepada setiap pelanggan dan pengunjung yang datang.
:: Sejarah Penubuhan ::
SM System Solution mula beroperasi pada 01hb Jun 2007 dengan hanya menggunakan 3 biji komputer sahaja iaitu 2 biji untuk kemudahan pelanggan melayari internet manakala sebiji lagi di gunakan untuk membaiki komputer serta untuk kegunaan syarikat. Kemudian , apabila ada keuntungan syarikat menambah lagi komputer dan sehingga kini syarikat SM System Solution mempunyai 9 biji komputer iaitu 7 biji untuk kemudahan pelanggan melayari Internet , Sebiji untuk membaiki komputer dan Sebiji lagi digunakan untuk pengurusan syarikat serta server .
Di awal penubuhan telah banyak halangan yang pihak syarikat lalui di antaranya ialah :-
- Kerumitan bekerjasama dengan JKKK serta penyewa lama
- Kekurangan modal serta perkakasan
- Halangan dari penjaga serta ibubapa untuk pelajar sekolah.
- Pemantauan yang ketat dari pihak polis , Majlis Daerah serta JKKK
- Kos ubahsuai kedai yang sudah usang
- Pengurusan tidak teratur
- Tiada perancangan yang teliti
Tetapi setelah 6 bulan syarikat beroperasi , alhamdulillah segala halangan tersebut dapat diatasi dengan berkat kesabaran dan ketekunan pemilik syarikat untuk memastikan syarikat yang di bangunkan dapat beroperasi dengan baik dan lancar . Antara jalan penyelesaiannya adalah :-
- Memberikan keyakinan yang padu kepada Ketua Kampung serta Pejabat Daerah untuk menyewa kedai tersebut.
- Membuat pinjaman kewangan kepada ahli keluarga seperti menyewa komputer dengan bayaran RM50 sebulan utk sebiji komputer.
- Membuat surat kebenaran kepada ibubapa pelajar .
- Memastikan undang-undang serta syarat-syarat yang telah di tetapkan dapat dilaksanakan dengan baik seperti pelajar sekolah di larang masuk ke cyber cafe pada waktu sekolah serta di larang berpakaian seragam serta memastikan pengunjung tidak melayari web porno serta game judi.
- Menggunakan perkakasan sedia ada dan perbaikinya supaya kelihatan lebih menarik dan memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.
- Belajar tentang cara-cara pengurusan syarikat melalui buku-buku serta tunjuk ajar dari orang yang berpengelaman dalam bidang perniagaan.
- Membeli perisian Cybera Cafe utk kemudahan sistem pembayaran.
:: Perancangan Masa Depan ::
- Menambahkan lagi peluang perniagaan seperti menjual makanan dan minuman ringan di dalam cyber café kepada pelanggan yang sedang melayari internet iaitu sambil melayari internet mereka juga boleh makan makanan dan minuman ringan .
- Membesarkan lagi syarikat tersebut supaya dapat menjual perkakasan dengan banyak dan mencukupi serta menambahkan lagi bilangan komputer yang terdapat di dalam cyber café tersebut.
- Menambahkan lagi bilangan cawangan syarikat di setiap kawasan bandar / daerah supaya syarikat SM System Solution dapat berkembang dengan maju dan di kenali ramai di samping dapat menambahkan lagi pendapatan syarikat.

No comments:
Post a Comment